Wednesday 7 May 2014

KULAI JAYA







Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar MalaysiaJohorMalaysia. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.


Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air. Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua. Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit.





No comments:

Post a Comment