Wednesday 7 May 2014

KOTA TINGGI


Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi.
kt
Kota Tinggi juga dikenali sebagai “Daerah Pelancongan Bersejarah”. Ini kerana di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti Makam-Makam Lama dan Kota-Kota Lama.
Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar.
ASAL USUL NAMA KOTA TINGGI
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.
PENGANGKUTAN
  • Kereta – Dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan susur keluar melalui Kulai.
  • Teksi – Stesen Teksi Kota Tinggi, Jalan Niaga Utama.
  • Bas – Stesen Bas Terminal Kota Tinggi,Jalan Niaga Utama
  • Feri – Terminal Feri Tanjung Belungkor (perjalanan Tanjung Belungkor – Singapore Changi)
  •          - Termianl Feri Sebana Cove
TEMPAT MENARIK DI KOTA TINGGI
1. Air Terjun Kota Tinggi
TNkotatinggi01
Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi.  Ia adalah antara air terjun yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga dari Singapura. Selain tarikan alam semulajadi yang indah serta kejernihan air terjun, air terjun Kota Tinggi ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang memudahkan para pengunjung.
TNkotatinggi09
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
  • Terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit.
  • Terdapat banyak kolam-kolam air bagi memudahkan para pengunjung bermandi manda
TNkotatinggi05
  • Terdapat juga gelongsor air bagi menambahkan lagi keseronokan berada di air terjun Kota Tinggi ini.
TNkotatinggi03

  • Gerai-gerai makanan
  • tandas awam
  • surau
2. Muzium Kota Tinggi
Muzium Kota Tinggi (pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun 1997. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 Muzium Kota Tinggi telah dibuka untuk lawatan walaupun pengisian pameran ditingkat atas masih belum siap.
Ruang-ruang tingkat bawah muzium ini memaparkan Kota Tinggi di Hujung Tanah; Zaman Kegemilangan Lembah Sungai Johor iaitu bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II hingga berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Mangkat Dijulang).
Ruang ditingkat atas pula memaparkan Kota Tinggi dalam pemerintahan zaman Bendahara, Kota Tinggi dalam era moden (pertumbuhan dan perkembangannya antara tahun 1855-1914) dan Kota Tinggi hari ini. Bahan-bahan yang dipamerkan meliputi lukisan-lukisan, diorama dan ilustrasi peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Johor di Kota Tinggi
muz
muz3
muz1
muz2



3. Kompleks Sejarah Kota Tinggi Lama
4. Tapak-Tapak Bersejarah di Sepanjang Sungai Johor
Antara tapak-tapak bersejarah tersebut adalah Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Panchor, Sayong Pinang, Makam Kucing Bertanduk, Kota Makam Tauhid dan Kubu Budak.
5. Kota Johor Lama
download
Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat.
Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor.
Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.
TEMPAT MAKAN MENARIK DI KOTA TINGGI
  • Restoran Baser Kota Tinggi – Terletak di Air Terjun Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan keenakan nasi ayamya.
  • Restoran Haji Daud – Terletak bertentangan dengan KFC Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan makanan esotiknya. Antaranya ialah belangkas, siput gonggos dan pepahat.
  • Restoran Anjung Kota Gemerlapan – Selain menyediakan masakan Melayu yang enak, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan karaoke, melihat kunang-kunang serta landskap yang cantik.

No comments:

Post a Comment