Wednesday 7 May 2014

KLUANG


DSC_0088-kluang

Daerah Kluang terletak lebih kurang di tengah-tengah negeri Johor. Nama Kluang dipercayai berasal daripada perkataan Melayu “keluang” yang bermaksud sejenis kelawar besar atau kelawar buah. Kelawar ini pernah wujud dalam bilangan yang banyak beberapa dekad yang lalu. Namun sekarang, bilangan kelawar ini hampir tiada kerana aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadi.
SEJARAH
Kluang wujud sejak seawal 1910. Dengan rancangan membangunkan  Kluang sebagai pusat komunikasi, banyak ladang-ladang dibuka dan landasan kereta api dibina. 
Pada tahun 1920, Lembaga Bandaran Kluang ditubuhkan. dan pada 1957, ia dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kluang. Kini Kluang semakin padat dengan penduduk dan pesat dengan pembangunan lebih 500 kilang pelbagai jenis untuk keluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport.
PENGANGKUTAN
Anda boleh pergi ke Kluang dengan menggunakan:
1. Kereta : menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh susur keluar melalui tl Air Hitam.
2. Kereta Api : menggunakan perkhidmatan kereta api antarabandar di Stesen KTM Kluang.
3. Bas : di Terminal bas dan teksi Kluang di Jalan Bakawali.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
1. Gunung Berlumut
Gunung Berlumut adalah hutan simpan milik Jabatan Perhutanan Negeri Johor.Ia dirancang untuk dijadikan tempat kajian, rekreasi dan pendidikan orang ramai. Dari Johor, perjalanan yang diambil kira-kira 39km(45 minit). Para pengunjung perlu ke Felda Ulu Dengar dahulu sebelum sampai ke Gunung Berlumut.
Di Gunung Berlumut, para pengunjung dapat menikmati keindahan alam, mandi di air sungai yang jernih serta mendaki gunung yang berketinggian 1010m dapi paras laut. Bagi pendaki gunung, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari Pejabat Jabatan Perhutanan dan membuat laporan polis untuk memaklumkan aktiviti itu. Ia adalah prosedur biasa bagi pendaki. Tapak perkhemahan juga disediakan berdekatan dengan puncak gunung bagi memberikan keselesaan bagi pendaki yang ingin bermalam.
Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet, tapak perkhemahan, tandas, surau, pondok rehat dan kedai makan.
2. Gunung Lambak
1
4
Gunung Lambak terkenal dengan aktiviti pendakian di kalangan penduduk tempatan. Ia terletak 5km dari pekan Kluang dan berketinggian 510m dari paras laut. Gunung Lambak mempunyai hutan Diterokarp Bukit. Terdapat pelbagi flora yang mempunyai nilai perubatan.
1557
22
Pada 1964, sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi muti siaran tv yang lebih baik. Kini ia di selia oleh pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan lagi untuk penyiaran.
johor_gunung_lambak_recreational_forest
7
johor_gunung_lambak_recreational_forest2
DSC07442
Antara kemudahan yang di sediakan di sini adalah jambatan, laluan pendaki, tandas, pondok rehat dan lain-lain lagi.
3. UK Agro Farm Resort
UK Agro Resort
Sebuak ladang yang mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Antaranya ialah:
  • “Wishing Goat” – Kambing Etawah di bawa masuk dari India. Selain membekalkan daging dan susu yang berkhasiat, ia juga dikatakan membawa nasib yang baik serta kedamaian. Ia berkisah kepada kejadian gunung berapi yang berlaku di Senduro pada tahun 1956. Lebih 1,000 orang telah maut dalam kejadian tersebut, tetapi 30 orang penternak kambing Etawah telah terselamat. Sebab itu kambing ini dipanggil “kambing pembawa tuah”.
attra-wishing-02
attra-wishing-01

  • Pembiakan Kambing
attra-grazing-01

  • Proses Susu Kambing
ukagroresort-activities-goatmilk-04
ukagroresort-activities-goatmilk-03

  • Rumah Herba
  • Kampung Jakun
  • Taman Burung Unta
  • Mini Zoo
  • Ladang cendawan dan sayur-sayuran.
Antara kemudahan yang disediakan ialah chalet, pakej-pakej pelancongan, restoran dan lain-lain lagi.
PUSAT MEMBELI-BELAH
Antaranya ialah:
  • Kluang Mall
  • Kluang parade
  • Plaza BCB
  • Plaza Bintang Jaya
  • Kompleks Pekan Rabu
  • Kluang Mart
TEMPAT MAKAN YANG SEDAP
Antaranya ialah:
  • Kedai Abe Li - Terletak di Jalan Dato Omar Di Raja berhampiran dengan gelanggang Reble Futsal. Terkenal dengan keenakan nasi kerabu dan makanan berlauk.
  • Facefood – Menyajikan 100% makanan barat dengan harga diantara RM4.90 – RM7.90
  • Kluang Rail Coffee – Wujud sejak 1938, keenakan Kluang Rail Coffee yang bertapak di stesen KTM KLuang ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
  • Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar Khazanah Empangan Semberong – Kedai makan di tepi jalan menuju ke Kluang jika anda datang dari arah Air Hitam. Terkenal dengan keenakan asam pedas.
  • Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak – Terletak di Blok L Perumahan Flat Haji Manan, berdekatan dengan Hotel Ailang. Terkenal dengan keenakan gulai kawah dan sup ekor.

No comments:

Post a Comment