Wednesday 7 May 2014

KULAI JAYA







Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar MalaysiaJohorMalaysia. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.


Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air. Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua. Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit.





MERSING


mersing2
mersing
Mersing adalah sebuah daerah yang terletak di Timur Laut negeri Johor. Berkeluasan 2836.6 km2, ia mempunyai 10 mukim. Bandar utama di Mersing adalah Jemaluang, Bandar Mersing, Bandar Mersing Kanan dan Bandar Padang Endau.
SEJARAH MERSING
Mersing telah dibuka pada 1892 oleh Dato’ Bentara Luar. Terdapat pelbagai cerita tentang asal usul nama Mersing. Antaranya ialah:
  • Mersing sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Sigh atau Men Sigh. Beliau dikatakan telah dibuang daerah dari Pahang oleh Sultan Pahang kerana membuat kesalahan yang besar.
  • Cerita lain ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing juga diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu sebagai bakal menantunya.
  • Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing
PENGANGKUTAN
Anda boleh ke Mersing dengan menggunakan salah satu dari pengangkutan berikut:
  • Kereta – Boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar melalui Kluang.
  • Kereta Api – Boleh menggunakan perkhidmatan KTM di stesyen Kluang.
  • Bas – Terdapat bas dari Kuala Lumpur yang berhenti di Terminal Bas Mersing.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MERSING
1. Taman Negara Endau Rompin
Ia adalah hutan simpan tertua di dunia dan terletak kira-kira 70km dari bandar Mersing. Berkeluasan 49,000 hektar dan bersempadan dengan negeri Pahang, meliputi daerah Mersing, Segamat dan Rompin.
Antara tarikan utama di Taman Negara ini adalah:
  • Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Jakun
  • Pelbagai sungai dari jeram seperti Sg. Endau, Sg. Jasin, Sg. Lemai dan Sg. Semakuk.
  • Pelbagai Air Terjun seperti Air Terjun Buaya Sangkut yang setinggi 40meter.
  • Kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.
tmn ngr
tmn ngr1
tmn ngr2
tmn ngr3
tmn ngr4
Terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Perbadanan Taman Negara Johor seperti 40 chalet disediakan bagi para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak pernah disentuh sejak ratusan tahun dahulu.
2. Air Papan
ppn3
ppn
Air Papan adalah pantai yang terletak kira-kira 8km dari bandar Mersing. Ia adalah pusat perkelahan dan perkhemahan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Pada 1 Mei setiap tahun, Pesta Air Papan akan diadakan di sepanjang pantai Air Papan. Pelbagai permainan tradisional diadakan yang akan disertai oleh penduduk tempatan dan juga para pelancong, pelbagai persembahan kebudayaan, pesta makanan dan juga kraftangan.
Antara kemudahan yang disediakan adalah:
  • kemudahan sukan rekreasi air
  • chalet
  • tandas awam
  • gerai makanan
  • telefon awam
  • Masjid
  • wakaf
ppn4
3. PULAU – PULAU
Terdapat banyak pulau-pulau yang indah, dengan pantai berpasir yang putih dan bersih di daerah Mersing. Antaranya ialah:
  • Pulau Besar – Pulau besar dikelilingi oleh beberapa pulau yang lain seperti Pulau Sibu, Pulau Linggi, Pulau Rawa, Pulau Mensirip  dan Pulau Hujung. Puncak tertinggi di Pulau Besar ini mencecah ketinggian 2,000km dari paras laut. Asenia Resort Pulau Besar adalah penginapan utama di Pulau Besar.
pb
Pulau Besar
  •  Pulau Pemanggil – Berkeluasan 6.4km persegi, terdapat 4 kemudahan pelancongan di pulau ini iaitu Radin Island Resort, Hillside Resort, Besar Marina Resort dan Sun Dancers Resort.
pp
Pulau Pemanggil
  • Pulau Sibu – Berkeluasan 6km, Pulau Sibu terletak berdekatan dengan Pulau Sibu Besar, Pulai Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung. Kemudahan pelancongan yang terdapat di sini adalah Rimba Resort.
  • Pulau Tinggi – Pada zaman dahulu, Pulau Tinggi ini dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh Kelasi Cina kerana pulau ini yang berbentuk bujur.Pulau tinggi juga kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak, gua, terumbu karang serta kepelbgaian hidupan laut.
image_gallery
Pulau Tinggi
  • Pulau Aur
  • Tanjung Leman
TEMPAT MAKAN YANG MENARIK
  1. Restoran TI Seafood – Restoran yang menghidangkan masakan ala Thai. Terkenal dengan keenakan ikan tiga rasa, otak-otak Kempas dan sambal udang.
  2. Sally’s Place – Restoran makanan Cina Muslim. Selain keenakan masakan ia juga terkenal dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan rumah Melayu zaman dahulu kala.
  3. Brother Joe – Terletak di Medan Selera Ikan Bakar di persiaran nelayan Mersing. Terkenal dengan keenakan ikan bakar yang segar dari laut.
  4. Seri Mersing Kafe – Restoran yang berkonsepkan kopitiam dan telah bertapak lebih 25 tahun. Apabila ke sana, anda perlu cuba jem kaya buatan mereka sendiri.
  5. Nasi Dagang Seri Tanjung – Terkenal dengan keistimewaan nasi dagangnya yang dikukus 2 kali,di mana kali kedua dikukus dengan santan dan halba.
  6. Restoran Makanan Laut Yong Seng – Terletak di Jalan Ismail. Terkenal dengan makanan laut yang segar.

KOTA TINGGI


Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi.
kt
Kota Tinggi juga dikenali sebagai “Daerah Pelancongan Bersejarah”. Ini kerana di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti Makam-Makam Lama dan Kota-Kota Lama.
Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar.
ASAL USUL NAMA KOTA TINGGI
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.
PENGANGKUTAN
  • Kereta – Dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan susur keluar melalui Kulai.
  • Teksi – Stesen Teksi Kota Tinggi, Jalan Niaga Utama.
  • Bas – Stesen Bas Terminal Kota Tinggi,Jalan Niaga Utama
  • Feri – Terminal Feri Tanjung Belungkor (perjalanan Tanjung Belungkor – Singapore Changi)
  •          - Termianl Feri Sebana Cove
TEMPAT MENARIK DI KOTA TINGGI
1. Air Terjun Kota Tinggi
TNkotatinggi01
Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi.  Ia adalah antara air terjun yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga dari Singapura. Selain tarikan alam semulajadi yang indah serta kejernihan air terjun, air terjun Kota Tinggi ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang memudahkan para pengunjung.
TNkotatinggi09
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
  • Terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit.
  • Terdapat banyak kolam-kolam air bagi memudahkan para pengunjung bermandi manda
TNkotatinggi05
  • Terdapat juga gelongsor air bagi menambahkan lagi keseronokan berada di air terjun Kota Tinggi ini.
TNkotatinggi03

  • Gerai-gerai makanan
  • tandas awam
  • surau
2. Muzium Kota Tinggi
Muzium Kota Tinggi (pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun 1997. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 Muzium Kota Tinggi telah dibuka untuk lawatan walaupun pengisian pameran ditingkat atas masih belum siap.
Ruang-ruang tingkat bawah muzium ini memaparkan Kota Tinggi di Hujung Tanah; Zaman Kegemilangan Lembah Sungai Johor iaitu bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II hingga berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Mangkat Dijulang).
Ruang ditingkat atas pula memaparkan Kota Tinggi dalam pemerintahan zaman Bendahara, Kota Tinggi dalam era moden (pertumbuhan dan perkembangannya antara tahun 1855-1914) dan Kota Tinggi hari ini. Bahan-bahan yang dipamerkan meliputi lukisan-lukisan, diorama dan ilustrasi peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Johor di Kota Tinggi
muz
muz3
muz1
muz2



3. Kompleks Sejarah Kota Tinggi Lama
4. Tapak-Tapak Bersejarah di Sepanjang Sungai Johor
Antara tapak-tapak bersejarah tersebut adalah Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Panchor, Sayong Pinang, Makam Kucing Bertanduk, Kota Makam Tauhid dan Kubu Budak.
5. Kota Johor Lama
download
Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat.
Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor.
Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.
TEMPAT MAKAN MENARIK DI KOTA TINGGI
  • Restoran Baser Kota Tinggi – Terletak di Air Terjun Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan keenakan nasi ayamya.
  • Restoran Haji Daud – Terletak bertentangan dengan KFC Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan makanan esotiknya. Antaranya ialah belangkas, siput gonggos dan pepahat.
  • Restoran Anjung Kota Gemerlapan – Selain menyediakan masakan Melayu yang enak, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan karaoke, melihat kunang-kunang serta landskap yang cantik.

BATU PAHAT


Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar (50km ke Utara) dan juga Kluang (52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun. Bagi rakyat Singapura, Batu Pahat dikenali sebagai “syurga membeli belah di Johor Utara”.
**ASAL USUL NAMA BATU PAHAT
Terdapat banyak pendapat tentang asal usul nama Batu Pahat. Antaranya ialah:
1. Ia berlaku pada abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang di pahat di Kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka.
2. Selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa di ambil dari muara Sungai Batu Pahat. Maka, nama Batu Pahat di ambil dari “batu yang di pahat” di muara sungai itu.
3. Batu Pahat juga di kenali sebagai Bandar Penggaram yang bermaksud bandar pembuat garam. Ini kerana pada suatu masa dahulu, Batu Pahat terkenal dengan ikan masin.
**PENGANGKUTAN KE BATU PAHAT
1. Menggunakan kereta
     Dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh keluar melalui tol Air Hitam/Yong Peng(jika  datang dari arah Selatan) dan melalui tol Tangkak/Pagoh(jika datang dari arah Utara).
    Purata masa yang diambil adalah:
  • Kuala Lumpur – 3.5 jam
  • Johor Bahru – 2 jam
  • Singapura – 2.5 jam
  • KLIA – 3 jam
2. Menggunakan Kereta api
     Tiada jaringan kereta api di Batu Pahat. Tetapi anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta api dari stesen KTM yang terdekat iaitu Kluang.
3. Menggunakan Bas
     Terdapat banyak bas yang menghubungkan antara Pekan, daerah serta bandar-bandar berhampiran di Perhentian Bas Jalan Rugayah.
**TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Antaranya ialah:
1. Pantai Minyak Beku
bp
images (1)
Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Ia hanya untuk aktiviti beriadah, memancing dan menghirup udara segar. Ia terletak 8km dari bandar Batu Pahat.
2. Perigi Batu Pahat
download
lima 264
Perigi Batu Pahat ini terletak di tepi Pantai Minyak Beku. Dikatakan nama Batu Pahat telah diambil dari perigi ini yang telah di pahat oleh tentera Siam semasa melarikan diri.
3. Tasik Y
download (1)
Tasik Y ini berada di pinggir  Bandar Batu Pahat. Jauh dari kesibukan kota. Tempat ini akan menjadi sibuk pada waktu petang dan hujung minggu.
images (4)
Tasik buatan dari bekas lombong ini mendapat nama dari bentuk tasik ini yang dikatakan berbentuk Y jika dilihat dari angkasa.
images (5)
download (2)
Tasik ini juga lengkap dengan prasarana seperti taman permainan kanak-kanak, alat-alat senaman, pndok istirehat, gerai-gerai makanan dan sebagainya. Sesuai untuk lawatan seisi keluarga.
4. Wet World Batu Pahat
wwbp
park1
Taman tema yang unik, Wet World Batu Pahat adalah tempat di mana anda boleh menikmati permainan-permainan air yang menarik. Ia adalah satu-satunya taman tema air di Johor. Berkeluasan lebih 44 ekar, ia di bina berhampiran tasik Merdeka.
Pastinya tempat yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Antara yang menarik adalah ‘The Wave Pool’ dimana ramai orang setia menanti kehadiran ombak buatan manusia ini.
Wet World ini di di tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah. Bagi hari biasa, ia di buka dari jam 1 petang hingga 7 petang. Bagi cuti sekolah dan cuti umum, ia di buka seawal 10 pagi hingga 7 petang.
5. Taman Tema Kanak- Kanak (The Summit)
6. Bandar Seramik Ayer Hitam
7. Taman Botani
**PUSAT MEMBELI BELAH
Antaranya ialah :
  • The Summit
  • Square One
  • Carrefour
  • The Store
  • BP Mall
  • Pasar Karat, Jalan Fatimah – tempat untuk membeli barang-barang antik
**MAKANAN
  • Benteng – Sangat terkenal dengan Nasi Beriyani Gam Mat Syah. Ia berada berdekatan dengan tebing sungai Batu Pahat dan bertentangan dengan Hospital Pakar Putra.
  • BP Walk – 1 kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan gerai makan. Menyediakan makanan tempatan dan barat. Dibuka dari jam 6 petang sehingga 1 pagi dan sehingga 3 pagi bagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang terkenal adalah Sup Power di HSBC Bank, berhadapan dengan Pejabat Pos.
  • Mee Bandung Muar – Terkenal dengan mi racun. Juga di kenali sebagai Mee Bandung Odean. Terletak berhadapan dengan Hotel Garden
  • Asam Pedas – Antara yang terkenal dengan keenakan asam pedasnya ialah Restoran Ali Asam Pedas yang terletak di Jalan Syahbandar dan Tanjung Labuh.
Terdapat banyak lagi tempat, budaya dan makanan yang menarik di Batu Pahat. Tugas anda untuk datang kesini dan jelajah sendiri bumi Batu Pahat ini.